Pada 5 Oktober 2011, 9.30 malam pihak Jabatan Pengajian Am telah mengadakan majlis perpisahan Puan Maz Maisura Binti Musa PENSYARAH Bahasa Inggeris yang berpindah serta akan menyambung tugasnya di Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah. Majlis makan malam tersebut telah diadakan di Dewan Seri Penawar KPMBP. Ia dimulakan dengan ucapan Ketua Jabatan Pengajian Am dan disusuli dengan ucapan yang diraikan Puan Maz Maisura Binti Musa.. Pihak Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Mai serta semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini. Pihak Jabatan juga mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada Puan Mai.. Semoga dapat bertugas dengan penuh dedikasi…
Showing posts with label Berkaitan Jabatan. Show all posts
Showing posts with label Berkaitan Jabatan. Show all posts
Tuesday, October 11, 2011
MAJLIS PERPISAHAN PUAN MAZ MAISURA
Monday, August 15, 2011
Majlis Perpisahan Ustazah Juzaniah
Pada 28 Julai 2011, pihak Jabatan Pengajian Am telah mengadakan majlis perpisahan Ustazah Juzaniah Binti Hasan yang menyambung tugasnya di MRSM Muadzam Shah Pahang. Majlis tersebut telah diadakan di Tanjung Kapal Resort. Ia dimulakan dengan ucapan Ketua Jabatan Pengajian Am dan disusuli dengan ucapan Ustazah Juzaniah. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan jamuan makan tengahari yang special serta sesi fotografi..Pihak Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Juzaniah serta semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini. Pihak Jabatan juga mengucapkan selamat bertugas di tempat baru Ustazah Juzaniah...
Cooperative Learning
Pada 23 Julai 2011, JPPA telah menganjurkan bengkel Pembelajaran Koperatif atau lebih dikenali sebagai Cooperative Learning di Bilik seminar KPMBP. Bengkel tersebut berlangsung selama 2 jam iaitu 9.00pagi-10.00pagi (sesi pengenalan, sejarah dan teori) dan 10.15pagi-11.15pagi (praktikal struktur CL). Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Wan Mukhtar Wan Muda, Ketua Jabatan Pengajian Am sendiri. Semua pensyarah KPMBP mengikuti bengkel tersebut serta memberikan kerjasama yang membanggakan. Slide perbentangan boleh didapati dalam LMS Unit Perpustakaan dan Media.. Folder Cooperative Learning..
Sambutan Hari Pendidik Peringkat Kolej
Pada 19 Julai 2011. Majlis Perwakilan Pelajar KPMBP telah mengadakan sambutan Hari Pendidik. Kolej di Dewan Besar KPMBP. Majlis bermula pada pukul 2.45 pm dengan ucapan Tuan Pengarah dan Timb. Pengarah HEA.KPMBP. Para pendidik KPMBP menyanyikan lagu Hari Guru, dan mereka juga mendapat cenderahati daripada pihak MPP. Sir Azalan Bayu telah dipilih sebagi Guru Cemerlang bagi Jabatan Pengajian AM.. Selamat Hari Guru..
Subscribe to:
Posts (Atom)