Thursday, October 13, 2011

Lawatan Ke Parlimen

Unit Pengajian Malaysia dari Jabatan Pengajian Am telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Parlimen pada 5 Oktober 2011 dengan penyertaan bersama-sama wakil-wakil tertinggi MPP (6 orang  wakil). Sesi Lawatan ini juga telah diiringi oleh Guru Pengiring iaitu En. Amir Jusoh ( Penasihat MPP) dan En. Mohd Azwan bin Abdullah.


Jumlah bilangan peserta adalah seramai 35 orang termasuk pelajar MPP, disebabkan kesemua pelajar yang mengambil Pengajian Malaysia adalah seramai 80 orang, pemilihan peserta yang menyertai lawatan dipilih berdasarkan mereka yang mendapat markah tertinggi dalam 2 kuiz Pengajian Malaysia. Pemilihan adalah daripada siapa yang mendapat markah tertinggi dari setiap kumpulan yang telah dibentuk semasa awal semester. Maka untuk lawatan ini, setiap kumpulan mempunyai wakil mereka untuk lawatan ke parlimen ini.


Pemilihan SEBAHAGIAN SAHAJA pelajar yang mengikuti lawatan ke Parlimen ini dilihat sebagai sesuatu yang baik untuk dilaksanakan. Hal ini kerana, Sebelum mereka mengambil KUIZ, mereka  dilihat telah berusaha bersungguh-sungguh belajar sebelum menduduki KUIZ dengan harapan dapat menyertai lawatan ke parlimen.


Apabila sampainya  diparlimen, kami telah disambut oleh wakil PRO parlimen yang sangat peramah iaitu EN. Rashid. beliau telah memberi banyak maklumat berkaitan topik-topik berkaitan parlimen dalam Subjek Pengajian Malaysia dengan sesi taklimat dan juga sesi soal jawab banyak membantu pelajar-pelajar untuk lebih mendalami perkara-perkara yang berkaitan dengan parlimen.


Mengikut ketetapan oleh pihak Parlimen, semua sekali peserta tidak boleh membawa camera termasuk handphone dan ini menyebabkan gambar kenangan-kenangan hanya boleh diambil di luar Parlimen sahaja.

Semasa di parlimen, kami telah dibawa untuk melihat persidangan Dewan Rakyat secara langsung, dan isu yang dibahaskan sewaktu itu adalah tentang pemansuhan Rang undang-undang ISA, dengan ini para pelajar mendapat pendedahan tentang cara sesuatu undang-undang itu dimansuhkan di parlimen.


Walaupun tidak dapat berjabat tangan dengan Perdana Menteri, namun kami mendapat peluang melihat tokoh-tokoh negara ini secara dekat iaitu Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Azalina Othman, Datuk Nazri Tan Sri Aziz dan ramai lagi.


Selesai sesi lawatan di Dewan Rakyat kami telah diberi peluang oleh En. Rashid untuk merasai situasi sebenar keadaan Dewan Negara kerana pelajar-pelajar dibenarkan untuk masuk dan duduk di kerusi-kerusi Ahli Majlis Dewan Negara, disebabkan ketika itu Dewan Negara masih lagi  tidak bersidang.


Dengan sesi soal Jawab yang juga diadakan di Dewan Negara tersebut, pelajar-pelajar mendapat banyak input dan penerangan lebih jelas tentang topik-topik yang berkaitan Parlimen dalam subjek Pengajian Malaysia.