Wednesday, October 3, 2012

Lawatan Pengajian Malaysia ke Melaka


Pada semester ini, 'unit' pengajian Malaysia KPMBP telah berkesempatan mengadakan lawatan ke Melaka & Port dickson selama 2 hari 1 malam iaitu pada 18-19 September 2012


Lawatan ini melibatkan seramai 36 orang pelajar semester 5 KPMBP, iaitu menggabungkan pelajar DIA dan DLM dengan pemilihan pelajar melalui pencapaian markah tertinggi kuiz 1,2,3 mengikut kumpulan masing-masing.

Semasa lawatan di Melaka pelajar telah diberi tugasan mengikut check point masing-masing yang wajib untuk dilawati...iaitu A Famosa, Muzium Samudera, Muzium Demokrasi, Memorial Pengistiharan Kemerdekaan, Cris Church, Muzium Kesultanan Melayu Melaka.



Pelajar juga disyaratkan untuk melawati tempat tersebut dan mengisi report fakta menarik yang mereka dapati daripada lawatan ke tempat-tempat yang telah diwajibkan, mereka juga perlu bergambar dengan trademark kawasan sebagai bukti melawat setiap tempat tersebut. Setiap kumpulan juga diwajibkan untuk menghantar video clip yang dibuat semasa sesi lawatan


Ini Adalah salah satu video yang dihasilkan oleh pelajar yang mengikuti lawatan tersebut




Lawatan  telah bermula pada pukul 9.00 pagi setibanya rombongan di Bandar Hilir Melaka, pelajar ditugaskan untuk menyiapkan tugasan dan berkumpul semula pada pukul 3.00 petang di Dataran Pahlawan.

Rombongan lawatan kemudiannya bermalam di Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Masjid Tanah yang terletak 30 km dari bandar hilir melaka.

Rombongan lawatan ke Melaka ini dilihat sebagai sesuatu yang baik untuk dilaksanakan kerana mendedahkan kepada pelajar tentang tempat-tempat bersejarah dan menarik untuk dilawati, disamping memberi pendedahan baru kepada pelajar ia juga dapat meningkatkan kefahaman pelajar berkenaan dengan topik yang telah dibincangkan sewaktu sesi pembelajaran di dalam kelas..