Monday, August 15, 2011

Majlis Perpisahan Ustazah Juzaniah

Pada 28 Julai 2011, pihak Jabatan Pengajian Am telah mengadakan majlis perpisahan Ustazah Juzaniah Binti Hasan yang menyambung tugasnya di MRSM Muadzam Shah Pahang. Majlis tersebut telah diadakan di Tanjung Kapal Resort. Ia dimulakan dengan ucapan Ketua Jabatan Pengajian Am dan disusuli dengan ucapan Ustazah Juzaniah. Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan jamuan makan tengahari yang special serta sesi fotografi..Pihak Jabatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustazah Juzaniah serta semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini. Pihak Jabatan juga mengucapkan selamat bertugas di tempat baru Ustazah Juzaniah...