Tuesday, October 11, 2011

USRAH JABATAN KALI KELIMA



 Usrah Jabatan kali kelima telah diadakan pada 27 September 2011 (10.15 pagi) di bilik pensyarah Jabatan Pengajian Am.  Dua orang pensyarah telah berkongsi ilmu serta maklumat bersama-sama ahli usrah yang lain. Ustaz Wan Mukhtar berkongsi maklumat berkaitan dengan artikel yang bertajuk "Jangan sampai tergelincir lidah" Topik ini berkaitan dengan peranan lidah serta tips-tips penjagaan lidah daripada digunakan untuk perkara yang sia-sia. Manakala Cik Nurul Hasidah pula berbicara tentang topik lima kaedah mengubati hati yang sakit. Topik ini sangat sesuai kerana ianya menyediakan beberapa langkah serta tips untuk menjadikan hati seseorang itu lembut serta mudah menerima petunjuk Allah.. Satu perkongsian yang matang dan bermanfaat.. Sekian terima kasih........