Wednesday, September 14, 2011

USRAH JABATAN KALI KEEMPAT



Usrah Jabatan kali keempat telah diadakan pada 13 September 2011 (10.15 pagi) di bilik pensyarah Jabatan Pengajian Am.  Dua orang pensyarah telah berkongsi ilmu serta maklumat bersama-sama ahli usrah yang lain. Puan Maz Maisura berkongsi maklumat berkenaan dengan 10 amalan terbaik untuk kekal bertenaga. Topik ini sangat sesuai kerana ianya menyediakan beberapa langkah serta tips untuk mengekalkan kecergasan serta meningkatkan  lagi  tenaga. Misalnya sentiasa makan sarapan, makan sedikit tapi kerap, bersenam, minum air dengan kerap dan kurangkan pengambilan kafein.  Manakala En. Azalan Bayu berkongsi tips untuk memperteguhkan serta meningkatkan lagi  iman. Misalnya bersyukur atas segala nikmat, sabar atas segala kesulitan, tawakal kepada Allah dan ikhlas dalam amalan. Topik ini sangat sesuai dalam mengimbangkan kesihatan jasmani dan rohani. Satu perkongsian yang lengkap, menyeluruh  dan mantap .. Syabas..