Monday, March 7, 2011

Pengenalan

Jabatan Pengajian Am merupakan jabatan akademik di Kolej Profesional MARA Bandar Penawar yang ditubuhkan pada 2 hb Januari 2009. Jabatan Pengajian Am terdiri daripada dua unit utama iaitu Unit Pengajian Bahasa Inggeris dan Unit Pengajian Islam. Bilik pensyarah Jabatan Pengajian Am ditempatkan di Aras 2 Blok Akademik.