Wednesday, March 9, 2011

The Enlightenment 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat warga Jabatan Pengajian Am , KPMBP. Alhamdulillah, Allah telah memberikan ruang dan peluang kepada kita untuk bernafas di alamNya. Maka terpulang kepada kita, hambaNya yang serba kekurangan untuk mensyukuri nikmat Illahi atau tidak.

Pada entri kali ini, saya ingin mengumumkan tentang "The Enlightenment 2" iaitu sekuel atau edisi lanjutan daripada "The Enlightenment". Buku ini masih dalam proses pembikinan dan insyallah akan digunakan sebagai teks bacaan dan apresiasi drama bagi pelajar PIP ambilan Julai- Disember 2011. Di kesempatan yang lepas, Cik Hemma,Cik NorZehan dan saya sendiri telah bertindak sebagai penulis himpunan cerpen-cerpen Bahasa Inggeris ini. Jadi besarlah harapan saya agar lebih ramai pensyarah dari Jabatan Pengajian Am khasnya yang akan menghantar karya-karya anda kepada kami untuk diterbitkan pada semester hadapan. berikut adalah syarat-syarat penulisan cerpen:

Tema Cerpen: Bebas (panel akan memilih tema-tema yang sesuai sahaja untuk diterbitkan) seperti Persahabatan, Agama dan kerohanian Cinta, Keluarga, Konflik Diri,  dan sebagainya.

Cerpen yang berkisarkan kepada masyarakat Malaysia dialu-alukan. Cerpen hendaklah ditulis dalam Bahasa Inggeris tidak kurang dari 5000 patah perkataan.

Bayaran royalti akan diberi berdasarkan hasil jualan cerpen.

Sebarang persoalan bolehlah dikemukakan kepada saya di bayzack@hotmail.com
 Anda juga boleh menziarahi blog saya di http://brobayu.wordpress.com/ untuk melihat contoh-contoh cerpen yang dihasilkan dalam kompilasi ini.