Monday, March 19, 2012

Lawatan Ke 2 Parlimen Malaysia


Pada tahun ini unit Pengajian Malaysia telah sekali lagi mengadakan lawatan ke parlimen malaysia. lawatan melibatkan sebahagian pelajar sem 5 yang mengambil kursus pengajian malaysia,





Ia bertujuan untuk mendedahkan lagi tentang sistem parlimen berpelembagaan Malaysia yang terdapat dalam sukatan pembelajaran. 

lawatan telah diadakan pada tarikh 13/5/2012 selama satu hari.

Namun sesi lawatan ke parlimen ini mungkin akan dikaji semula dari segi slot lawatannya kerana ia didapati agak meletih dan memenatkan kerana perjalanan yang panjang selama 10 jam pergi dan balik tanpa berehat.
Rombongan lawatan telah sampai awal daripada dijadualkan. pelajar telah dibawa masuk melihat keadaan sebenar persidangan secara langsung dalam perbahasan akta dan undang-undang negara.




Di akhir lawatan pelajar dilihat lebih memahami perjalanan sidang dewan dan keadaan bagaimana sesuatu undang-undang itu digubal dan diluluskan.