Tuesday, October 18, 2011

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM SESI JULAI-DISEMBER 2011


Jabatan Pengajian Am dengan kerjasama MPP serta JUSWAR telah berjaya menganjurkan MINGGU PENGHAYATAN ISLAM pada 10 hingga 14 Oktober 2011 yang lalu.  Pelbagai program keagamaan serta pertandingan telah diadakan terbuka kepada semua para warga KPMBP. Di antara program yang dilaksanakan  ialah Ceramah Kongsi Pengalaman Dakwah,  Taklimat Zakat oleh Ustaz Idris daripada  Majlis Agama Islam Johor, Pengurusan Jenazah yang dikendalikan Imam Masjid Al-Syifa'  Bandar Penawar,  Tayangan Video, Ceramah Multimedia oleh Dr Hishamuddin daripada UTM, serta kemuncaknya ialah Forum Perdana yang  terdiri daripada dua panelis iaitu Ustaz Fairus dan Ustaz Hanafiah  seorang ahli falak yang terkenal. Forum Perdana tersebut bertajuk CINTA dalam Islam....  Forum tersebut juga dihadiri oleh beberapa Institusi pengajian di sekitar Bandar Penawar seperti IKBN, INSTEDT, Kolej Komuniti, Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail. Selain daripada itu beberapa acara pertandingan telah berjaya dilaksanakan. seperti pertandingan azan, hafazan surah-surah pilihan, kuiz Islam, Sajak Islam, Pidato serta Karaoke Nasyid. Begitu juga pertandingan poster Ulul Albab, tulisan khat, pamplet dakwah serta poster-poster kreatif. Manakala pameran poster dan jawi telah diadakan di Surau KPMBP sepanjang minggu tersebut.. Pihak Jabatan Pengajian Am mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung bagi menjayakan Minggu Penghayatan Islam kali ini. Jazakallahu Khairal Jazak. 

 Perasmian Oleh Timbalan Pengarah HEP

Hadirin Malam Perasmian di Surau KPMBP

Pertandingan Azan

Pertandingan Hafazan Surah-surah Pilihan


 Pertandingan Kuiz Islam

Para Juri Profesional


Karaoke Nasyid

 Pameran Poster Ulul Albab

Pameran Pamplet Dakwah


 Pertandingan Poster Kreatif

 Ceramah Multimedia oleh Dr Hishamuddin

Para Audien Ceramah
Pertandingan Pidato

Bacaan Sajak

Pameran Jawi

Pengurusan Jenazah
Taklimat Zakat
  Ceramah Kongsi Pengalaman Berdakwah

Forum Perdana
 
Kehadiran wakil IPT di Forum Perdana
Jamuan Para Jemputan